Hari ni hilang lg fokus aku untuk bekerja.. aku teleon Uda..aku tanya tentang insurans yang aku join dari tahun 2003 tu, agak2 berapa kalau nak keluarkan? Uda suruh aku ke Takaful untuk buat pengeluaran..
Petang tu bersama Zafran , aku terus memecutkan kereta ke Seremban, Ya Allah..masihku ingat lagi..kekuatan yang Kau berikan pada ku Ya Allah.. :( .Aku ke Seremban untuk buat pengeluaran duit Insurans..Aku nekad,aku mesti ke Mekah..
Alhamdulillah.. selesai urusan di Takaful,tapi ambil masa dua bulan untuk dapatkan duit tu..so , kalau nak buat umrah bulan 6 ,kira ngam dah tu.. takpelah..aku tawakkal je..InsyaAllah,Allah pasti izinkan aku pergi..amin.. duit Insurans tu pun hanya dapat 2K je..hehe..so lagi 2K?
Husband ku berjanji untuk ikat perut..dia akan serahkan pada aku RM1500 sebulan untuk aku ke Mekah..masa tu kiranya hanya 2 bulan gaji sahaja lagi untuk kami kumpul duit.. kesian husbandku..dia kumpul duit untuk kami berdua pergi sedangkan dia tak dapat pergi(dia terpaksa beralah sabab kalau untuk pergi bertiga,lagi la tak cukup duitnya)
Alhamdulillah syukur..semuanya berjalan lancar.. Abah dan Mak pulak uruskan tentang pakej umrah yang akan kami join nanti..Mak dan Abah pilih untuk join group Usataz Hamid di bawah Pakej Al-Faizzin..banayk juga cabaran dan juga cubaan sepanjang persiapan untuk ke Mekah..tapi Aku tetap percaya masa tu bahawa..aku akan sampai jua ke sana nanti..Ya Allah.. Ya Tuhan,terima Kasih kerana memberi aku peluang ini.. :(
No comments:
Post a Comment